page

Tuesday, December 7, 2010

Kisah Hijrah


UMAT Islam menyambut Maal Hijrah setiap tahun bagi mengingati dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan sahabat dalam peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah. Hijrah adalah peristiwa penting dalam sejarah Islam. Disini diceritakan secara ringkas kisah hijrah: 

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. 

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. 

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. 

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

Sunday, December 5, 2010

MUHARAM: DOA DAN AMALAN SUNAT







MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. 

Doa akhir tahun:
: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:  "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
Waktu membacanya: Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."

Doa awal tahun:
: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.  Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
Waktu membacanya: Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram,  Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X 
Ya Allah berikanlah kekuatan tekad dan azam kepada kami untuk kami melakukan perubahan dalam diri dan jiwa kami sehingga kesan perubahan itu akan menjalar keluar ke dalam keluarga, masyarakat dan negara kami. Jadikanlah semangat hijrah ini sebagai bara yang akan menghidupkan semula perjuangan panjang silih berganti yang telah di mulai oleh para Rasul terdahulu hingga mu'min terakhir yang hidup di muka bumi ini.

Thursday, November 25, 2010

Rezeki dan makhluk

 
Oleh: Ikhwan Online

Segala pujian bagi Allah yang menjadikan manusia supaya beribadah kepadaNya semata-mata, yang mengurniakan rezeki, mematikan dan membangkitkan semula di hari Kiamat. Justeru Allah sahaja yang layak untuk disembah. Kita bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kita tidak sekali-kali menyembah melainkan kepadaNya, membersihkan dan meninggikan agamaNya sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya. Kita bersaksi bahawa nabi Muhammad adalah hambaNya, rasulNya dan pilihanNya dari seluruh makhlukNya yang telah beribadah dengan sebenar-benar ibadah sehingga dating keyakinan umatnya. Allah berselawat dan mengucap salam ke atas nabi ini.

Wahai umat manusia, Allah swt telah berfirman:

“6.  Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).7.  Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgasana-Nya (sebelum itu) di atas air, agar dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan jika kamu Berkata (kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan sesudah mati", niscaya orang-orang yang kafir itu akan berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata". (Hud: 6-7)

Dalam ayat ini jelaslah kepada kita tentang gambaran ilmu Allah yang menyeluruh ke atas semua makhluk. Firman Allah:

“Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah”. (Al-A’raf: 54)

Binatang yang melata ini dan semua yang bergerak di atas muka bumi ini seperti manusia, haiwan, serangga dan kuman, tiada satupun dari binatang yang melata yang memenuhi wajahnya, terdapat di dalam perut, tersembunyi di celah bukit dan lubang di bawah tanah, tiada satu dari binatang melata ini yang bebas dan terkurung melainkan  semua berada di bawa pengetahuan Allah dan semuanya mempunyai rezeki masing-masing. Allah mengetahui di mana ia tinggal, di mana ia bersembunyi, dari mana ia dating dan ke mana ia pergi. Semua yang hidup dan semua makhluk terikat di dalam pengetahuan Allah yang teliti dan rapi ini.

Inilah gambaran sepintas lalu tentang pengetahuan dan ilmu Allah dalam hal yang berkaitan dengan makhluk yang mana akan menggementarkan manusia ketika cuba menggambarkan tentang ilmu Allah. Manusia juga tidak mempunyai pengetahuan tentang ketentuan rezeki setiap makhluk bahkan manusia tidak mampu membayangkannya. 

Allah swt telah menentukan rezeki hidupan yang besar ini yang melata di atas muka bumi kerana Allah telah mengurniakan keupayaan kepada bumi menerima keperluan semua makhluk-makhluk ini. Makhluk-makhluk ini pula mempunyai keupayaan untuk mendapatkan rezeki masing-masing di atas muka bumi dalam bentuk bahan mentah atau hasil pertanian, atau yang dibuat atau yang berlapis..sampai kepada bentuk yang sedia diolah supaya menghasilkan rezeki hinggakan ada setengah makhluk akan mendapatkan rezeki dengan menyerang seperti nyamuk dan kutu.

Inilah gambaran yang menepati hikmah dan rahmat Allah dalam penciptaan alam semesta dalam bentuk seperti yang diciptakanNya. Allah telah menciptakan makhluk-makhluk ini suatu kebolehan dan kemampuan yang tertentu, khususnya manusia yang telah dilantik menjadi khalifah di muka bumi tentulah telah dikurniakan kebolehan untuk menganalisis dan mengkaji , menghasil dan mengembangkan, mengubah dan memajukan bentuk muka bumi, mengembang dan memodenkan kualiti hidup, dalam masa yang sama manusia berusaha untuk memperolehi rezeki yang mana Allah tidak terus menciptakan sebagai suatu ciptaan tetapi menyediakan sebagai bahan untuk diteroka dalam alam ini melalui kemampuan dan kebolehan yang dikurniakan Allah dengan bantuan undang-undang alam Tuhan yang menjadikan alam ini diberikan simpanannya dan isi kandungannya kepada semua hidupan.  

Oleh sebab itu, matlamat penciptaan ialah pengabdian yang sempurna kepada Allah dan Allah menjamin rezeki kepada semua hidupan dan semua makhluk.. Firman Allah:

“56.  Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.57.  Aku tidak menghendaki rezki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan.58.  Sesungguhnya Allah dialah Maha pemberi rezki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kokoh”. (Az-Zariyat: 56-58)

Allah adalah pemberi rezeki yang sebenarnya. Oleh sebab itu juga seruan Allah di dalam sebuah hadith qudsi:

“Wahai anak Adam, janganlah takut kepada mana-mana kuasa selagi kuasaKu masih ada, apatah lagi kuasaKu kekal dan tidak akan hilang selama-lamanya. Wahai anak Adam, janganlah kamu takut kehilangan punca rezeki selagi khazanahKu masih penuh, apatah lagi khazanahKu tetap penuh dan tidak akan habis selama-lamanya”.

Rezeki seseorang telah tertulis di Luh Mahfuz seperti yang diberitahu oleh nabi saw:

“Apabila seseorang telah sampai di dalam rahim ibunya empat bulan, Allah telah mengirim malaikat ke dalam rahim dan memerintahkannya menulis untuknya empat perkara: ajalnya, rezekinya, amalnya dan kesedihan dan kegembiraan..Semua empat perkara ini dituliskan untuk semua anak Adam selagi mana masih berada di dalam rahim ibunya”.  

Ilmu Allah adalah sejak Azali, bahawa Allah mengetahui manusia takut tentang dua perkara. Kadang-kadang diberikan dunia dari agamanya dengan sebab keduanya dan kadang-kadang menjual akhirat untuk dapat dunianya, bahkan ramai di kalangan manusia kadang-kdang menjula akhiratnya dengan dunia orang lain. Oleh itu Allah telah membawakan ayat yang menenteramkan manusia tentang umurnya yang ditakutinya. Firman Allah tentang hal ini:

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; Maka apabila Telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya”. (Al-A’raf: 34)

Justeru umur manusia adalah di tangan Allah dan ajal maut telah ditentukan di Luh Mahfuz sebelum manusia diwujudkan ke dunia.

Kemudian datang ayat yang mententeramkan hamba tentang rezekinya. Firman Allah:

“22.  Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezkimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu (seperti yang tertulis di Luh Mahfuz).23.  Maka demi Tuhan langit dan bumi, Sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan”. Az-Zariyat: 22-23)

Ketahuilah saudaraku seIslam dengan penuh yakin bahawa manusia tidak memiliki ruh dan rezeki melainkan ianya kepunyaan Allah. Firman Allah;

“Sesungguhnya Allah, Hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal”. (Luqman: 34)

Sabda nabi saw:

“Kalau seseorang berlayar di lautan kerana lari dari rezekinya, tentulah rezekinya tetap mengiringinya dengan angin yang membawanya berlayar dan sesuatu yang masuk ke dalam mulut anak Adam, kerana telah tertulis bahawa Allah adalah pemberi rezekinya”.

Kemudian nabi saw membacakan firman Allah:

“Dan tidak ada suatu binatang melata (yang hidup) pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya (rahim). semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh)”. (Hud: 6)

Sabda nabi saw:

“Kalau kamu berserah kepada Allah dengan tawakal yang sebenarnya tentulah Allah akan mengurniakan rezeki kepada kamu sama seperti Allah yang memberikan rezeki kepada burung yang keluar pada waktu pagi dengan perut yang kosong dan pulang ketika perut yang penuh”.

Sabda nabi saw:

“Sesungguhnya malaikat (Jibril) pernah menyatakan kepadaku bahwa seseorang tidak akan sekali-kali mati melainkan telah sempurna rezeki dan ajalnya. Oleh itu bertakwalah kepada Allah dan elokkanlah dalam doa kamu. Janganlah kamu melakukan kejahatan kepada Allah lantaran rezeki yang lambat dipenuhi dari doamu. Rezeki Allah tidak akan dapat tercapai nmelainkan dengan melakukan ketaatan kepadaNya”.

Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa Allah telah menjamin rezeki setiap makhluk  dan rezeki tidak terbatas kepada makanan dan minuman, tetapi lebih umum dari itu dan lebih jauh lagi. Ketenangan fikiran adalah rezeki, kesejahteraan hidup adalah rezeki, cekap pengurusan adalah rezeki, ilmu pengetahuan adalah rezeki, kepintaran dan kecerdikan adalah rezeki dan kesihatan adalah rezeki. Allah telah menjamin rezeki kepada semua makhlukNya, iaitu diberikan dunia kepada sesiapa yang menyukainya dan tidak diberikan agama melainkan kepada orang yang mencintainya.

Kita berdoa kepada Allah supaya mengurniakan kepada kita sifat ikhlas dalam kata-kata dan amal, mengurniakan rezeki yang halal dan berkat kepada kita dan menjauhkan kita dari sumber yang haram sepertimana kita jauh dari timur dan barat.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi kita Muhammad saw.
 
- Terjemahan dari blog: http://zadud-duat.blogspot.com/

Tuesday, November 9, 2010

Fadhilat, Amalan dan peristiwa di Bulan Zulhijjah

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.

Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan padanya
1. Ibadah Haji dan Umrah
Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”. 
2. Berpuasa  
Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
3.  Perbanyak Takbir dan Berzikir
Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
4. Bertaubat
Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan
Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Bertakbir
Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah. 
7.  Bekorban
Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih. 
8. Tidak memotong rambut, kuku (bagi yang bekorban)
Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya). Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya. 
9. Menunaikan solat hari raya
Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Berzikir, Bersyukur, Menunaikan dan Menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya
Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w.
Antara peristiwa tersebut adalah:
1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.
2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.
3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah,Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.
4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.
5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.
6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.
7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.
8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.
9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.
10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.
11. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya.
12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.
13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di 
Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.

sumber: http://zhuliana.blogspot.com/ 

 



Thursday, November 4, 2010

:::[ TALQIN YANG MENGGERUNKAN ]:::






Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati
kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”

bersediakah kita menanti 'masa' kita yang setiap orang pasti akan merasainya?
Tika ditanya siapakah yg plg bijak? Rasulullah S.A.W menjawab, org yg sntiasa mengingati mati..

Monday, November 1, 2010

Berbuat baik kepada ibubapa ..jalan ke syurga

 
Oleh: Dr. Ahmed Hassan (terjemahan oleh

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, kesudahan yang baik bagi orang-orang bertakwa, tiada pemusuhan Allah melainkan kepada orang-orang zalim. Selawat dan salam ke atas utusan yang membawa rahmat kepada seluruh alam..selepasnya;

Firman Allah:

“23.Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.24.  Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua Telah mendidik Aku waktu kecil". (Al-Isra’: 23-24)
Firman Allah:

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa”. (An-Nisa’: 36)

Firman Allah:

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai bercerai susu adalah tiga puluh bulan". (Al-Ahqaf: 15)
Firman Allah:

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya Telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan bercerai susu dalam dua tahun. bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, Hanya kepada-Kulah kembalimu”. (Luqman: 14)

Dengan ungkapan-ungkapan ini jelas bahawa al-Quran mahu menyemaikan naluri berbuat baik dan mengasihi di lubuk hati anak-anak. Ini kerana dalam kehidupan kebiasaanya akan menghalakan perhatiann mereka ke hadapan..kepada zuriat..kepada kelahiran baru..kepada generasi akan datang. Namun tidak ramai yang menghalakan perhatian mereka ke belakang..kepada ibubapa..kepada kehidupan permulaan..kepada generasi yang lalu..kepada umur yang lalu, kemudian anak-anak sangat perlukan semangat nalurinya untuk memerhatikan ke belakang dan meninjau sejenak kepada bapa dan ibu mereka.

Para ibubapa secara fitrahnya terdorong untuk menjaga dan memelihara anak-anak dan berkorban apa sahaja demi mereka.  Sedangkan anak-anak 'menghisap' semua kesenangan, usaha dan perhatian dari ibubapa. Justeru apabila keduanya telah lanjut usia, sekalipun anak-anak mengabaikan mereka, kedua mereka tetap merasa bahagia kerana itulah sifat mereka.

Namun anak-anak begitu cepat melupai semua ini dan mendorong fikiran mereka ke hadapan iaitu isteri dan zuriat..Demikianlah dorongan hidup, dan kemudian ibubapa tidak perlu memaksa diri mereka menjaga anak-anak kerana itulah futrah mereka, tetapi anak-anak perlu kepada menyemaikan emosi dan naluri mereka dengan kuat untuk mengingati hak generasi yang lepas yang telah mengorbankan kesenangan, menghabiskan segala kesenangan demi anak-anak sehingga mereka kekeringan.   

Dari sinilah datangnya perintah supaya anak-anak berbuat baik kepada ibubapa dalam bentuk hukum atau ketentuan dari Allah dengan makna perintah yang ditegaskan, selepas ada perintah yang ditegaskan dengan makna ibadah kepada Allah. Firman Allah: kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu. Perkataan “al-Kibr” (berumur lanjut) membawa maksud telah lemah atau tua. Perkataan “indaka” (dalam pemeliharaan mu) mempunyai makna yang sangat besar iaitu makna pergantungan dan pengharapan ketika mereka telah tua dan lemah. Justeru sewajarnya ibubapa yang telah tua dan lemah berada dalam penjagaan, pemeliharaan dan pengawasan anak-anak mereka “indaka”. Bukan dengan meletakkan ibubapa di rumah orang-orang tua seperti yang berlaku ke atas setengah ibubapa pada zaman kita ini.

Marilah wahai anak-anak..sesiapa yang masih mempunyai ibubapa, ucaplah tahniah, berilah perhatian, kasihanilah mereka dan berusahalah mendapat keredhaan mereka berdua, kerana melalui keduanya kita memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesiapa yang hilang salah satu dari kedua mereka, maka dia kerugian separuh dari mereka. Justeru berilah perhatian kepada separuh yang lain sebelum ianya hilang. Orang yang pernah melalui masa bersama mereka, maka janganlah melupakan mereka dalam solat dan doa kita. Siapa yang telah menjadi ibubapa pastilah menyedari hal ini.

Berbuat baiklah kepada ibubapa kamu supaya anak-anak kamu berbuat baik kepada kamu..Berbuat baiklah kepada ibubapa supaya nanti kamu hidup dengan penuh kesetiaan dan ketenangan.
  
Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=49713&SecID=363

Thursday, October 28, 2010

8 Pembohongan Ibu Kepadaku!



Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!
01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".
02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."
03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."
04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."
06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."
07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."
08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

dipetik dari laman web: http://www.iluvislam.com

Wednesday, October 27, 2010

Titisan Air Yang Membawa Hidayah


Cuaca sejuk musim semi di kota Basrah masih menyengat.Imam Hasan Al Bashri yang pulangusai solat Subuh itu harus merapatkan kancing jubahnya dan menutupi kepalanya dengan serban tebal Persia.Matahari sedikit melirik dari ufuk timur tapi belum menebarlkan kehangatan yang bererti untuk mengusir sengatan sejuk.

"Selamat pagi ya Imam," sapa seseorang tiba-tiba.Imam Hasan menoleh, dilihatnya pendeta Buthros tengah jalan kaki cepat di pagi itu. "Oh, Tuan Buthros kiranya." Mereka bersalaman dan berangkulan akrab.

"Tadi saya mengetuk rumah Tuan Imam tapi tak ada jawapan," kata Pendeta Buthros. "Saya dengar Imam sakit." "Yah, alhamdulillah saya sudah sembuh," kata Imam Hasan.
"Ada yang diperlukan dari saya?" "Tidak ada, saya hanya rindu saja dengan Iman." Hendak ke rumah kiranya? "" Maaf Imam, Insya Allah lain kali saya mampir, "

Pendeta Buthros pemimpin Kristian Ortodok Basrah itu memang hidup rukun dengan para
ulama Islam zaman itu.Pendeta Burhros secara kebetulan tinggal di atas rumah Imam Hasan Al Basri.
Setiap pagi keduanya berdialog dan berbincang tentang banyak hal.Pendeta Buthros kadangkala menanyakan kepada Imam Hasan Al Basri tentang sikap dan pandangan Islam tentang Kristian, Yesus Kristus, Maria dan lain sebagainya.Imam Hasan Al Basri selalu menjawbnya dengan positif.Imam Hasan Al Basri tidak pernah menyudutkan orang apalagi mengutuk dan memaki.Keyakinan orang dihargainya.
"Pernah Rasulullah junjungan dan panutan kami ditanya seseorang tentang apa itu yang disebut perbuatan baik.Lantas junjungan kami Rasulullah mengutip kata-kata Nabi Isa ibnu Maryam yang dalam Kristian disebut dengan nama Yesus Kristus itu.yang disebut dengan perbuatan baik adalah berbuat kebaikan untuk orang yang justru menyakitimu. "

"Maha Suci Tuhan," kata Buthros. Rasulullah selalu menyebut Nabi Isa dengan sebutan saudaraku Isa Ibnu Maryam. Rasulullah pernah diminta Jibril untuk menunaikan solat di Bethlehem.Dan ketika ditanya ini apa? Jibril menjawab ini adalah tempat Nbiyullah Isa dilahirkan.Rasulullah dalam perjalanan Isra'dan Mi'rajnya pernah bertemu Nabiyullah Isa dan melakukan dialog. "Maha Suci Tuhan," pekik Buthros.

Selama mereka berkaitan lebih daripada lima tahun tak pernah keluar dari lisan Imam Hasan Al Basri ajakan untuk masuk Islam.Meski tengah membicaarakan hal-hal krusila dan peka, misalnya soal trinitas, Imam Hasan Al Basri boleh menjelaskannya tanpa menyakiti hati. Imam Hasan Al Basri juga cukup menguasai falsafah sehingga membuat Buthros sangat mengaguminya.Pertemuan dan perpisahan antara keduanya selaludiawali dan diakhiri dengan senyum dan pelukkan kasih sayang.BUthros selalau menceritakan kepada para pengikutnya tentang Imam Hasan Al Bashri.Ia selalu bercerita tentang pandangan Islam tentang agama Kristian , Yesus Kristus dan Maria.Buthros selalu mengatakan kepada pengikutnya bahawa Islam bukan agama yang harus dianggap musuh.Islam dianggap mempunyai pelbagai persamaan meski juga mempunyai pelbagai perbezaan."Kita dan Islam dalam melihat Yesus Kristus memang ada perbedaan.Islam memandang Yesus Kristus sebagai Nabi dan kita melihatnya sebagai Tuhan.

Di Basrah kehidupan beragama sangat harmonis.Pemeluk Kristian kadangkala secara tidak langsung mendengar ceramah agama Islam yang diadakan di masjid-masjid. Kerana adanya dialog, penduduk umat Kristian tidak turun dan tidak ada masalah hubungan antara mereka.

Namun pada suatu saat, Buthros mendengar Imam Hasan Al Basri menderita sakit hingga Imam absen menjadi Imam sembahyang beberapa hari.Beberapa orang datang menjenguk.Yang terakhir pada pagi itu adalah Butrhros. Melihat kedatangan BUthros, wajah Imam Hasan Al Basri tiba-tiba cerah. "Tuan Buthros," teriaknya sambil mengangkat kedua tangannya menyambut kedatangan Buthros yang mengenakan baju kependetaannya berwarna gelap dengan hiasan salib berwarna kuning.Hari itu memang hari Ahad, hari kebaktian umat Kristiani.

"Anda hendak ke Kanisah,?"
"Iya Imam".
"Sampaikan salam saya untuk jamaah Tuan."
"Akan saya lakukan.Sakit apa Imam?"
"Sakit letih.Allah seolah memerintahkan saya untuk berehat daripada aktiviti," kata Imam Hasan.

Namun ketika BUthros akan mencium pipi Imam Hasan Al Basri, secara tak sengaja kakinya menendang sebuah baskom di sisi katil itu.Air pun tumpah membasahi lantai dan sebahagian Jubah Buthros.

"Air apakah ini Imam?" Tanyanya.

Imam Hasan Al Basri tidak menjawab.Tetapi Buthros lantas melihat keatas.Di atap rumah Imam Hasan masih terlihat menggantung titik-titik air yang siap menitis ke bawah.

"Itu air dari tingkat atas Imam?"
"Iya."
"Dari rumah saya?"
"Iya."
"Mengapa Imam tidak pernah bercerita?"
"Tidak perlu."
"Sudah berapa lama hal ini terjadi?"
"Sekitar dua tahum."
"Dua tahun? Maafkan saya Imam. "

Buthros tercenung.Air ini pasti jatuh dari bilik mandinya yang tepat berada di atas bilik Imam Hasan Al Bashri.Tapi kenapa Imam diam dan membiarkan saja kejadian itu berlaku selama dua tahun?Tiba-tiba ia teringat kata-kata Imam yang mengutip hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa barangsiapa beriman kepada Allah maka ia haruslah memuliakan jiran tetangganya. Ajaran inilah yang diamalkan Imam Hasan meski terhadap jirannya yang beragama berbeza.

Tiba-tiba Buthros mendekati Imam Hasan Al Basri. "Aku ingin membuka baju ini Imam."
"Jangan."
"Kenapa Imam melarang?"
"Apa alasan Tuan membuka baju Tuan?"
"Aku ingin memeluk agama Imam .. Aku ingin menyatu dengan Imam dalam iman yang sama.Ajarilah aku menjadi muslim. "

Imam Hasan lama tak bertindak balas hingga kemudian matanya sembab dan basah dengan air mata. "Saudaraku BUthros," katanya sambil menariknya dalam pelukan yang dalam. Keduanya terisak tangis. "Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah."

Suara itu menggema dari hati yang dalam.Kata-kata itu menggetarkan siapa saja yang mendengar.Malaikat seolah mengikuti kenyataan itu.Awan yang bergulung berarak di musim semi seolah bertasbih, menjadi saksil, larut dalam tangisan dua insan yang berhati lembut itu.Iman tealah menghangatkan kebekuan dan kedinginan hati di pagi itu, bersamaan dengan suara genta Kanisah yang berdentang berkali-kali.

================================================== ============== 
Ditulis oleh Musthafa Helmy, dalam majalah Risalah Nahdlatul Ulama No.8 / Thn II/1429H